"Eh.. Emo La Dia Nie'

Haaa.... Ayat nie macam biasa je dengar kan, kan...!

Meh baca cerpen pendek nie siket. Pasal Aini dan kakak dia Aina.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Satu malam tu sebelum tidur, macam biasa Aina dan Aini akan habiskan masa bersembang. Yelah, dah mula kerja, masing-masing mula sibuk. Waktu malam je la ada masa sikit untuk sembang dan bertukar cerita.

Sedang bersembang, Aina membuka cerita berkenaan seorang rakan sekerja yang baginya agak susah nak ramal anginnya. Senang kata moody dan emotional. Rakan sekerjanya itu suka merungut. Ada sahaja yang tak kena.

Aina: "Akak rimas la dengan dia tu. Asyik komplen je. Belum mula buat kerja pon dah macam-macam. Aih.. Emo betul la dia nie"

Aini: "Yeke. Mungkin dia stress kot. Nanti - nanti tu okay la tu."

Aina: "Tapi Akak tak boleh la tahan orang macam tu. Menyampah. Akak paling tak suka orang yang emo macam tu."

Aini: "Tapi akak, bagi Aina la kan, kalau setakat dia emo je Aina tak kisah. Sebab Aini rasa la kan, ade ke orang yang suka marah-marah? Ade ke orang yang nak jadi macam tu? Sebab bagi Aini, mesti semua orang nak rasa hepi kan?"

"Tapi kadang tu orang jadi macam tu sebab masalah. Kita nampak apa yang kita nampak je. Kalau orang tu ada masalah lain kita tak tau pon. Kita tak tau apa yang dia pikul."

"Bila terlalu banyak yang dia tanggung, itu yang buat dia letih, letih fizikal, letih mental dan letih emosi."

"Keletihan berpanjangan tu yang buat dia jadi emotional."

"Harini kita boleh kata dekat orang, kita tak tau masa depan, sekarang ni ye la Tuhan tak uji kita lagi. Kalau Tuhan uji kita macam kawan kak Aina kena uji belum tentu kita boleh tanggung, silap haribulan lagi emotional lagi dari dia."

Aina: "Aduh.. Pedihnyer.. Adik akak, dia bile bukak mulut.."

Aini: "Ahahaha.... Xde la kak. Aini cakap macam ni sebab Aini sayang dekat akak. Akak pon kan selalu nasihatkan Aini."

Aina: "Tapi yela, betul la apa Aini cakap tu. Terima kasih la Aini, sebab ingatkan akak. Akak bersabar je la. Mungkin yang ni pon satu bentuk ujian untuk Akak."

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Ehehe.. So macam mana? Ini cerpen pendek yang pertama Cik Wan tulis. (kejap, yang nie boleh masuk kategori cerpen ke?)

Lesson learn yang Cik Wan nak selitkan dalam cerpen ni adalah:

1. Jangan cepat menghakimi: Ambil masa untuk kenal berkenaan seseorang tu sebab kita tak tau apa yang dia lalui dalam hidup dia. Diri kita yang sekarang ni adalah hasil pengalaman hidup bertahun-tahun kita.

2. Ujian dalam berbagai bentuk: Kadang ujian terus jadi dekat kita, kadang ujian tu datang melalui orang lain. Senang kata setiap yang berlaku adalah ujian dari Allah. Setiap yang berlaku kita kena berserah dan kembali semula kepada Allah.

3. Bertoleransi: setiap manusia dicipkan berlainan, lain budaya, lain sikap, serbamacam lain la. Kita perlu bertoleransi untuk hidup dengan harmoni, menerima kelebihan & kekurangan orang lain.

4. Bersabar: Yang ni key point untuk harini. Sabar. Kawan kerja Aina perlu sabar hadapi ujia  dia (Cik Wan pon xtau ujian apa, mungkin next time Cik Wan boleh karang cerita dia pulak). Aina perlu sabar dengan kerenah kawan kerja dia. Dan Aini perlu dengan sabar cuba menasihati Aina.

Okay la. Sampai sini sahaja untuk kali ini. Semoga post Cik Wan ni dapat memberi manfaat kepada yang membacanya.

(p/s: no kopipes ye, nak share tak pe)

Booking Kerusi Idaman - Insolvensi

Harini Cik Wan sambung lagi pasal nak buat tuntutan tu.

Ni kira dah nak final stage dah.

✔️ Report polis dah
✔️ Tuntutan Tribunal Pengguna (KPDNKK) dah
✔️ Suruhanjaya Syarikat Malaysia dah

Seterusnya:

✅ Insolvensi.

Kenapa kena pergi Insolvensi? Siapa Jabatan Insolvensi ni? Nah ni Cik Wan copy paste dari laman web dia:

"Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) merupakan sebuah agensi kerajaan yang diberi peranan untuk mentadbir hal ehwal kes-kes kebankrapan serta hal ehwal seseorang bankrap. MdI juga mentadbir syarikat yang telah digulungkan dan pertubuhan dan kesatuan sekerja yang telah dibatalkan pendaftarannya. Aktiviti teras MdI melibatkan pengzahiran dan penghasilan harta si bankrap, menentusahkan tuntutan yang difailkan oleh pemiutang dan seterusnya mengagihkan hasil yang diperoleh kepada pemiutang."

Kiranya Insolvensi ni jadi orang tengah antara syarikat/orang yang dah bankrap dan pemiutang (pemberi hutang)

Pemiutang ni boleh jadi bank yang bagi loan, boleh jadi pembekal kepada syarikat y bankrap tu kalau dia ada beli barang tak bayar, boleh jugak jadi orang awam macam Cik Wan yang dah bayar duit tapi tak dapat2 barang.

Pagi tu lepas siap urusan Cik Wan, menapak la Cik Wan ke Insolvensi ni. Dekat kaunter dia Cik Wan ulang la balik cerita yang tak tau ke berapa kali dah ulang.

Pagawai tu pon buat semakan. Memandangkan syarikat tu di KL, kemungkinan Cik Wan kena berurusan dengan Insolvensi di KL. Tapi kemudian pegawai tu buat semakan dan dapati syarikat "Terkesima" tersebut ada lantik syarikat luar sebagai liquidifier dia. Maksudnya dia tak guna servis Insolvensi yang kerajaan ni tapi syarikat swasta yang ada perkhidmatan ni.

Pegawai tu ada bagi satu borang kaler kuning cekelat yang perlu diisi dalam 3 salinan. 3 nie no keramat ye, semua pon mesti kena ada 3. Borang ni borang untuk buat tuntutan. "Proof Of Debt General Form".

Form ni ada bahagian-bahagian yang kena isi.Dah la bahasa omputeh, ade pulak term-term bisnes ke term undang2 ke tak tau la Cik Wan, tapi terkial-kial la jugak nak paham. Cik Wan ingat nk pinjam pensel dari pegawai tu nak catit kat tepi borang tu kat mana nak tulis apa.

Pegawai tu tengok Cik Wan blurr sangat kot, dia amik semua borang tu dengan dokumen Cik Wan sekali. Lama gak la tunggu dia, rupanya pegawai tu tolong isikan terus borang tu. Alhamdulillah. Senang keje Cik Wan.

Borang ni perlu disaksikan di hadapan pesuruhjaya sumpah. Haa.. Yang ni leceh sikit. Harini dah tak sempat nak pegi. Minggu depannya Cik Wan bizi.. So bertangguh la..

Tangguh punya tangguh, akhirnya Cik Wan jumpa la jugak semangat nak pegi cari pesuruhjaya sumpah tu. Masa pegi dekat sana baru Cik Wan perasan, Borang tu ada SATU JE....!!??

Cik Wan rasa lagi dua set form tu tertinggal dekat insolvensi la mana pegawai tu tolong isikan borang.

Okay. Dah cukup. Cik Wan dah tak mampu dah. Kali ni Cik Wan memang akan kibarkan bendera putih je. Cik Wan dah tak mampu nak ulang alik ke sana-sini. Cik Wan redha je la RM4,200 hilang macam tu je. Mungkin ini ujian dekat Cik Wan, penghapus dosa Cik Wan, mungkin balasan untuk Cik Wan. Tapi Cik Wan redha je la. InsyaAllah ada hikmah disebalik setiap kejadian.

Kalau ada yang di luar sana nak teruskan, borang yang insolvensi tu perlu hantar satu salinan kepada liquidifier dia, satu kita simpan, satu lagi bagi Insolvensi kalau tak salah.

Liquidifier tu akan carikan aset-aset yang syarikat yang dah bankrap tu untuk dapatkan duit tunai. Aset ni mungkin kenderaan pengangkutan, kedai, kilang. Hasil jualan atau lelongan tu la yang akan digunakan untuk bayar balik kepada pemiutang semua.

Yang ni seeloknya buatla tuntutan secepat yang mungkin. Kita tak tau berapa ramai pemiutang dia. Kalau kita lambat takut dia dah tak ada baki lagi untuk bayar tuntutan kita sebab dah habis bayar orang lain punya.

Cik Wan dah sah sah la lambat. Tak pe la. Minta Allah gantikan dengan yang lebih baik. InsyaAllah aminn~.

Booking Kerusi Idaman - TTP & SSM

Sambungan dari post sebelum ni. Selepas Cik Wan pergi KPDNK tu, sebabkan ada masa, Cik Wan terus drive ke Bangunan UTC untuk cari dimanakan gerangannya Tribunal Tuntutan Pengguna (TTP) tu.

Cik Wan serahkan semua invois, resit pembayaran/ potongan kad kredit tu dan juga laporan polis kepada pegawai dekat kaunter tu.

Pegawai tu cakap memang betul datang dekat sini. TTP ni yang akan bantu untuk proses dapatkan tuntutan. Tapi proses untuk dapatkan semua dokumen dan maklumat tu kita kena cari sendiri dan kita juga yang kena uruskan.

Dokumen yang diperlukan:

✔️ Borang kuning TTP (yang ni jangan risau, dia bagi)
✔️ Bukti pembelian (invois & potongan kad kredit tu)
✔️ Laporan polis
❌ SSM

(dokumen yang diperlukan ni mungkin bergantung kepada keadaan la, kalau kes berkaitan rumah mungkin kena ada geran etc)

Okay, sekarang ni Cik Wan kurang satu dokumen  iaitu maklumat syarikat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). SSM ni dia ada maklumat syarikat, alamat daftar syarikat, sapa director dia dan lain2. So, SSM ni paling penting la.

Pegawai tu pon ada terangkan kalau syarikat tu masih aktif memang TTP boleh bantu, tapi kalau status syarikat tu dah tutup diorang pon tak boleh buat apa.

SSM tak mampu Cik Wan nak pergi hari sama sebab dah petang. Sikit lagi je waktu balik kerja conform jem. Cik Wan dah tak de tenaga untuk teruskan.

So Cik Wan pegi petang esoknya.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

So, keesokannya.

Bertapak la Cik Wan ke shopping mall yang ada pejabat SSM tu. Cik Wan pergi ke kaunter e-info ke e-ssm Cik Wan dah tak ingat dah.

Jumpa pegawai dia dan terangkan apa berlaku semua. Penat rupanya nak kena cerita benda yang sama berulang kali. Patut la mak selalu marah suruh buang sampah tak buang buang.. Opss~

Untuk makluman ye, kita boleh dapatkan maklumat syarikat dari SSM tapi kena bayar la untuk maklumat tu. Bayaran dia kalau kita minta softcopy sahaja atau emailkan lebih murah. Kalau kita minta dia print mahal sikit la.

Sebabkan Cik Wan cadang nak pergi terus TTP lepas tu, Cik Wan minta untuk printkan. Dah dapat tu Cik Wan buat fotokopi semua dokumen 3 salinan sebab TTP perlu semua ada 3 set. 1 kita simpan, satu TTP simpan dalam fail kes, dan satu kita kena serah ke syarikat yang kita nak tuntut tu.

Dah selesai tu Cik Wan pon pergi la membawa diri semula ke TTP di UTC tu. Dah sampai tu baru Cik Wan teringat tak isi lagi borang kuning TTP yang 3 salinan tu. Cik Wan pon tarik la meja Dan bertungkus - lumus isi borang tu. Tulis tangan. Tiga salinan. Tiga.

Dah tu Cik Wan pergi jumpa pegawai semalam dengan semua dokumen.

Pegawai tu minta SSM, dia tengok status syarikat tu "winding up". Dalam proses nak bungkus. Dia kata kalau macam ni susah sikit. Sebab syarikat ni dalam proses nak tutup, dah bankrap.

Pegawai TTP cakap org SSM tak terangkan ke pasal status syarikat tu. SSM ada terang, tapi dia cakap ni belum tutup lagi, syarikat dia masih ada lagi.

Pegawai TTP tu cakap sebenarnya kalau dah "winding up" maksudnya syarikat tu dah bankrap dan dalam proses tutup. Dalam kes ni TTP tak boleh nak buat apa sebab bukan bawah bidang kuasa TTP.

Kes ni kena rujuk kepada insolvensi pulak. Jabatan insolvensi ni pulak ada dekat Bangunan KWSP, belakang shopping mall yang Cik Wan pegi untuk ambil SSM tadi.

Tak mampu. Cik Wan dah tak mampu dah nak teruskan hari tu. Penat. Penat fizikal dan penat emosi.

Esok pulak baru pergi. 😣😣😣

Booking Kerusi Idaman - KPDNKK

Sambung lagi kes beli Kerusi urut sampai Cik Wan terkesima jadinya. 😅😅

Report polis dah. Sekarang pegi KPDNKK pulak. Bangunan dia dah la jauh nak parking. Tempat tu ada 3 blok Bangunan. KPDNKK dekat Bangunan A, Cik Wan dok melangkah dari parking kat Bangunan C. Jenuh Cik Wan jenguk satu-satu kaunter kat bangunan tu.

Bangunan C punya kaunter senyap sepi. Takut Cik Wan. Kebetulan ada sorang kakak ni lalu cepat-cepat Cik Wan tahan untuk tanya arah. Dapat la pastikan bukan dekat blok C, tapi sama ada blok A atau B. Tak pe la, yang penting ada elimination process, maksudnya ada progress, ada kemajuan.

Sampai dekat blok B ada la nampak bayang-bayang kehidupan, ade pak guard. Tak de la sesepi blok C tu. Tanya pak guard dia kata blok A.

Sampai la Cik Wan ke blok A. Cari kaunter KPDNKK kata nak buat aduan. Cik Wan pon tunggu la untuk dipanggil oleh pegawai dia.

Bila jumpa pegawai dan dia tengok semua dokumen tu dia kata betul aduan ini dibawah KPDNKK, bawah unit Tuntutan Tribunal Pengguna. Tapi, unit TTP ni ada di Bangunan UTC.

Jauh tau UTC tu. Jauh. Jalan kaki tak sampai.

Tapi Cik Wan bergigihan jugak untuk pergi ke sana. Dalam 30 min drive.

Cik Wan sambung next post yeh.

Kereta Autolock, Apa Nak Buat?

Haa.. Macam biasa je dengar yer. Tapi tak di sangka kali ni jadi dekat Cik Wan pulak.

Kerete Cik Wan apa lagi kalau bukan My I yang comei. Kereta Myvi y lama tu, 9 tahun sudah. Dan Cik Wan memang tak pernah lepas kunci tu, memang sentiasa dekat tangan.

Tapi benda nak jadi, pagi tadi Cik Wan bukak pintu kereta dan letakkan semua barang kat seat penumpang depan. Handbag, botol air, kunci dan jugak stokin 😅😅. Lepas tu peluk2 mak sebelum nak gi kerja. Tiba2 dengan bunyi "kluk" dia dah auto lock. Panik kejap.

Teringat nak call Bomba, terus guna handphone mak gugel nk Bomba. Tak sampai 10 minit je call dah sampai.

Lepas call tu Cik Wan tunggu la depan rumah. Tetiba nampak Jentera Bomba yang besar tu dengan lampu dia dok lip lap lip lap, dan ada van dia ikut di belakang.

Ya Allah malunyer I macam kes besar pulak. Tak tau nak sorok mana muka.

Abang dan kakak Bomba dalam 5 orang datang. Depa guna macam satu beg yang dipamkan angin. Bila pintu dan cukup renggang abang Bomba guna dawai besi untuk tekan butang kunci. Ambil masa dalam 30 minit jugak la sebab pintu ketat katanya.

Salah sorang pegawai tu kata memang banyak kes dengan kereta Autolock ni. Sebab tu kereta sekarang dah xde fungsi autolock. Banyak bahaya dia. Nasib baik tak de sapa yang terkurung kat dalam.

Pengajaran jugak la. Kalau ada yang kereta Autolock ni mungkin better pergi workshop dan tuka setting dia. Tambahan pulak kalau yang ada anak kecil, risiko kanak-kanak terkurung.

Booking Kerusi Idaman - Report Polis

Okay, jom. Sambung cerita tragis Cik Wan.

Bila syarikat "Terkesima" (bukan nama sebenar) tu tidak dapat dihubungi, langkah seterusnya adalah report Polis.

Report polis ni adalah untuk buat laporan kejadian. Untuk ada rekod hitam putih berkenaan  apa yang telah berlaku.

Pastikan sebelum pergi balai, bawa semua dokumen berkaitan. Seeloknya orang yang ada nama dalam resit/bil yang pergi report polis.

Yang penting bawa:
1. Kad pengenalan
2. Dokumen pembayaran (invois, bil, lain2). Lagi bagus bila resit tu ada nama dan alamat syarikat. Penting untuk buktikan beli dari siapa.
3. Dokumen sokongan lain,
4. Butiran cerita/kejadian. Yang ni kena detail: tarikh, masa, jumpa sapa, berapa hari bulan. Rentetan cerita tu ikut kronologi. Cerita jugak apa yang kita dah buat dan apa yang kita nak buat.

Nanti akan ada seorang pegawai polis yang akan terima report kita.

Bahagian last dia akan tanya nak buat report polis untuk apa. Untuk ni Cik Wan kata nak guna report polis ni untuk buat aduan kepada kpdnkk untuk nak dapatkan semula duit yang dah di bayar. Pegawai polis tu pon tanya nak buka kes dengan polis ke sebab yang ni boleh dikira sebagai kes tipu komersial ke macam tu la. Cik Wan pon setuju je la, kata nanti bincang dengan IO polis macam mana.

Pegawai polis tu pon hubungi IO yang terima kes untuk hari tersebut untuk buat temujanji. Temujanji Cik Wan pukul 6.00pm dekat balai polis lain yang ada bahagian komersial ni.

Cik Wan nak ingatkan, mesti ikut masa temujanji tu tau. Sebab bukan kita seorang je yang dia akan jumpa hari tu. Masa Cik Wan datang ada seorang aunty ni dia punya temujanji pukul 2.30 tapi pukul 6 baru sampai. Cik Wan dengar la aunty kena tegur dengan Pegawai Polis tu sebab tak ikut masa yang diberikan. Aunty tu kena tunggu giliran orang yang sepatutnya dah setle baru pegawai polis panggil dia masuk.

Tujuan kena panggil tu adalah sebab IO nak ambil rakaman percakapan. Rakaman percakapan ni tujuan dia nak dapatkan maklumat lebih lanjut dari pengadu tu sendiri. Dalam laporan polis dah ada maklumat tapi tak cukup mendalam.

Puan Polis pon ada jugak cadangkan cuba bawa ke kpdnkk dulu sebab dia semak kata syarikat ni memang wujud dan masih ada lagi. Dan kpdnkk boleh bawak kan kes jugak. Cuma dengan kpdnkk kita kena uruskan untuk dapatkan dokumen berkaitan.

Puan polis pon sangat membantu Dan bagi pnejelasan yang baik. Cik Wan pon ada cakap Cik Wan cuma nak dapatkan balik duit tu kalau boleh. Cik Wan bukannya nak cari gaduh atau perbesarkan hal ni.

So, selesai satu part.

Next: Kpdnkk pulak.

Jumpa lagi, InsyaAllah.

Booking Kerusi Idaman, Tapi...

Cik Wan nak cerita pasal satu kisah tragis. Benda ni berlaku dekat Cik Wan sendiri.

Cik Wan ni selalu sangat sakit pinggang, tak tau la sebab posture ke apa kan. So bila ternampak satu kerusi urut tu, saiz y kecik je la, yang memang untuk betulkan posture memang Cik Wan berkenaan terus.

Tapi Cik Wan tak terus beli. Ye la kan, Cik Wan masa tu kat perantauan lagi. Tapi Cik Wan dok pasang angan - angan dah la nak beli kerusi urut tu.

Kerusi tu pulak dari company besar, company "Terkesima" (bukan nama sebenar). Rasa macam boleh dipercayai lah.

Beberapa lama lepas tu, masa tu Cik Wan dah balik hometown dah, Cik Wan nampak company tu buat offer sempena raya cina. Cik Wan tanya la pasal kerusi Idaman cik wan tu. Dia pulak rekomend kerusi genarasi kedua, kira macam version terbaru kerusi idaman Cik Wan. Kerusi ni nama dia Sofa Aku-Kamu (bukan nama sebenar). Harga pon hampir separuh dari harga asal.

Cik Wan pon beli la.. Dah lama mengidam kan. Cik Wan bayar guna installment kad kredit dari bank "PutihMerah" (juga bukan nama sebenar). Harga RM4200. Installment selama 2 tahun.

Tak lama lepas tu Cik Wan call warehouse dia. Staff dia kata dalam 60-90 hari bekerja. So belum sampai tempoh tu. Okay fine.

Dah lepas tempoh tu CIK Wan call lagi, dia kata Kerusi tu dah sampai tapi ada masalah permit, so tak dapat nak lepas keluar lagi. Okay la. Cik Wan sabar lagi sebulan dua. Lepas tu Cik Wan call lagi, jawapan yang sama, tapi kali ni cara dia jawab pon macam stress.

Tak pe la. Cik Wan bagi can lagi. Nak tengok company "Terkesima" ni jaga hati pelanggan tak. Dia akan follow up dengan pelanggan tak.

Masuk tahun berikutnya, Cik Wan bizi sangat dengan kerja, tak sempat nak follow up company tu balik. Tangguh punya tangguh, ujung tahun lepas (bulan terakhir installment) baru Cik Wan call balik company tu. Call no telefon warehouse tak berangkat. Call no hotline 'tiada dalam perkhidmatan'. Call no telefon salesman dia, mak salesman tu angkat. Mak dia kata anak dia pon tak dapat gaji lagi.

Cik Wan Terkesima.

Kerusi idaman Cik Wan tak dapat. Duit Cik Wan.. Aduh...

Terkesima betul dengan company Terkesima ni. 😭😭😭😭

Okay. Bersambung next entry.

Kebaikkan Jangan Ditangguh

Apa khabar semua. Cik Wan nak cerita pasal satu kekhilafan yang buat Cik Wan agak sedih dan terkilan.

Minggu lepas masa Cik Wan ada urusan di Pejabat Pos. Masa nak keluar kereta dari tempat parking tu ade seorang pak cik yang duduk di tepi divider jalan. Pak cik tu ada bagi salam & minta sedekah.

Cik Wan nak cepat masa tu, Cik Wan fikir "nanti je la masa nak keluar nanti bagi". Tak disangka urusan Cik Wan ambil masa banyak. Bila keluar tu pak cik dah tak de.

Menyesal jugak. Kalau masa tengok tu terus bagi kan bagus.

Cik Wan paling tak boleh tengok orang yang dah berusia minta sedekah, bekerja susah. Cik Wan jadi sedih. Cik Wan terbayangkan mak ayah Cik Wan kalau tengok orang yang tua dan berusia.

Allah dah bagi peluang untuk membantu, untuk dapat pahala. Tapi Cik Wan tangguhkan. Cik Wan ambil mudah. Rasa macam Allah nak bagi pengajaran.

JANGAN BERTANGGUH UNTUK BERBUAT KEBAIKKAN.

Tokyo Trip 2019: Day 0

Sekali lagi Cik Wan dapat peluang untuk berjalan makan angin. Serius dah lama Cik Wan tak jalan2. Dalam Malaysia pon tak. Bila jalan terus g...

Menarik di Page ini