Booking Kerusi Idaman - Insolvensi

Harini Cik Wan sambung lagi pasal nak buat tuntutan tu.

Ni kira dah nak final stage dah.

✔️ Report polis dah
✔️ Tuntutan Tribunal Pengguna (KPDNKK) dah
✔️ Suruhanjaya Syarikat Malaysia dah

Seterusnya:

✅ Insolvensi.

Kenapa kena pergi Insolvensi? Siapa Jabatan Insolvensi ni? Nah ni Cik Wan copy paste dari laman web dia:

"Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) merupakan sebuah agensi kerajaan yang diberi peranan untuk mentadbir hal ehwal kes-kes kebankrapan serta hal ehwal seseorang bankrap. MdI juga mentadbir syarikat yang telah digulungkan dan pertubuhan dan kesatuan sekerja yang telah dibatalkan pendaftarannya. Aktiviti teras MdI melibatkan pengzahiran dan penghasilan harta si bankrap, menentusahkan tuntutan yang difailkan oleh pemiutang dan seterusnya mengagihkan hasil yang diperoleh kepada pemiutang."

Kiranya Insolvensi ni jadi orang tengah antara syarikat/orang yang dah bankrap dan pemiutang (pemberi hutang)

Pemiutang ni boleh jadi bank yang bagi loan, boleh jadi pembekal kepada syarikat y bankrap tu kalau dia ada beli barang tak bayar, boleh jugak jadi orang awam macam Cik Wan yang dah bayar duit tapi tak dapat2 barang.

Pagi tu lepas siap urusan Cik Wan, menapak la Cik Wan ke Insolvensi ni. Dekat kaunter dia Cik Wan ulang la balik cerita yang tak tau ke berapa kali dah ulang.

Pagawai tu pon buat semakan. Memandangkan syarikat tu di KL, kemungkinan Cik Wan kena berurusan dengan Insolvensi di KL. Tapi kemudian pegawai tu buat semakan dan dapati syarikat "Terkesima" tersebut ada lantik syarikat luar sebagai liquidifier dia. Maksudnya dia tak guna servis Insolvensi yang kerajaan ni tapi syarikat swasta yang ada perkhidmatan ni.

Pegawai tu ada bagi satu borang kaler kuning cekelat yang perlu diisi dalam 3 salinan. 3 nie no keramat ye, semua pon mesti kena ada 3. Borang ni borang untuk buat tuntutan. "Proof Of Debt General Form".

Form ni ada bahagian-bahagian yang kena isi.Dah la bahasa omputeh, ade pulak term-term bisnes ke term undang2 ke tak tau la Cik Wan, tapi terkial-kial la jugak nak paham. Cik Wan ingat nk pinjam pensel dari pegawai tu nak catit kat tepi borang tu kat mana nak tulis apa.

Pegawai tu tengok Cik Wan blurr sangat kot, dia amik semua borang tu dengan dokumen Cik Wan sekali. Lama gak la tunggu dia, rupanya pegawai tu tolong isikan terus borang tu. Alhamdulillah. Senang keje Cik Wan.

Borang ni perlu disaksikan di hadapan pesuruhjaya sumpah. Haa.. Yang ni leceh sikit. Harini dah tak sempat nak pegi. Minggu depannya Cik Wan bizi.. So bertangguh la..

Tangguh punya tangguh, akhirnya Cik Wan jumpa la jugak semangat nak pegi cari pesuruhjaya sumpah tu. Masa pegi dekat sana baru Cik Wan perasan, Borang tu ada SATU JE....!!??

Cik Wan rasa lagi dua set form tu tertinggal dekat insolvensi la mana pegawai tu tolong isikan borang.

Okay. Dah cukup. Cik Wan dah tak mampu dah. Kali ni Cik Wan memang akan kibarkan bendera putih je. Cik Wan dah tak mampu nak ulang alik ke sana-sini. Cik Wan redha je la RM4,200 hilang macam tu je. Mungkin ini ujian dekat Cik Wan, penghapus dosa Cik Wan, mungkin balasan untuk Cik Wan. Tapi Cik Wan redha je la. InsyaAllah ada hikmah disebalik setiap kejadian.

Kalau ada yang di luar sana nak teruskan, borang yang insolvensi tu perlu hantar satu salinan kepada liquidifier dia, satu kita simpan, satu lagi bagi Insolvensi kalau tak salah.

Liquidifier tu akan carikan aset-aset yang syarikat yang dah bankrap tu untuk dapatkan duit tunai. Aset ni mungkin kenderaan pengangkutan, kedai, kilang. Hasil jualan atau lelongan tu la yang akan digunakan untuk bayar balik kepada pemiutang semua.

Yang ni seeloknya buatla tuntutan secepat yang mungkin. Kita tak tau berapa ramai pemiutang dia. Kalau kita lambat takut dia dah tak ada baki lagi untuk bayar tuntutan kita sebab dah habis bayar orang lain punya.

Cik Wan dah sah sah la lambat. Tak pe la. Minta Allah gantikan dengan yang lebih baik. InsyaAllah aminn~.

No comments:

Post a Comment

Tokyo Trip 2019: Day 0

Sekali lagi Cik Wan dapat peluang untuk berjalan makan angin. Serius dah lama Cik Wan tak jalan2. Dalam Malaysia pon tak. Bila jalan terus g...

Menarik di Page ini