Booking Kerusi Idaman - TTP & SSM

Sambungan dari post sebelum ni. Selepas Cik Wan pergi KPDNK tu, sebabkan ada masa, Cik Wan terus drive ke Bangunan UTC untuk cari dimanakan gerangannya Tribunal Tuntutan Pengguna (TTP) tu.

Cik Wan serahkan semua invois, resit pembayaran/ potongan kad kredit tu dan juga laporan polis kepada pegawai dekat kaunter tu.

Pegawai tu cakap memang betul datang dekat sini. TTP ni yang akan bantu untuk proses dapatkan tuntutan. Tapi proses untuk dapatkan semua dokumen dan maklumat tu kita kena cari sendiri dan kita juga yang kena uruskan.

Dokumen yang diperlukan:

✔️ Borang kuning TTP (yang ni jangan risau, dia bagi)
✔️ Bukti pembelian (invois & potongan kad kredit tu)
✔️ Laporan polis
❌ SSM

(dokumen yang diperlukan ni mungkin bergantung kepada keadaan la, kalau kes berkaitan rumah mungkin kena ada geran etc)

Okay, sekarang ni Cik Wan kurang satu dokumen  iaitu maklumat syarikat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). SSM ni dia ada maklumat syarikat, alamat daftar syarikat, sapa director dia dan lain2. So, SSM ni paling penting la.

Pegawai tu pon ada terangkan kalau syarikat tu masih aktif memang TTP boleh bantu, tapi kalau status syarikat tu dah tutup diorang pon tak boleh buat apa.

SSM tak mampu Cik Wan nak pergi hari sama sebab dah petang. Sikit lagi je waktu balik kerja conform jem. Cik Wan dah tak de tenaga untuk teruskan.

So Cik Wan pegi petang esoknya.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

So, keesokannya.

Bertapak la Cik Wan ke shopping mall yang ada pejabat SSM tu. Cik Wan pergi ke kaunter e-info ke e-ssm Cik Wan dah tak ingat dah.

Jumpa pegawai dia dan terangkan apa berlaku semua. Penat rupanya nak kena cerita benda yang sama berulang kali. Patut la mak selalu marah suruh buang sampah tak buang buang.. Opss~

Untuk makluman ye, kita boleh dapatkan maklumat syarikat dari SSM tapi kena bayar la untuk maklumat tu. Bayaran dia kalau kita minta softcopy sahaja atau emailkan lebih murah. Kalau kita minta dia print mahal sikit la.

Sebabkan Cik Wan cadang nak pergi terus TTP lepas tu, Cik Wan minta untuk printkan. Dah dapat tu Cik Wan buat fotokopi semua dokumen 3 salinan sebab TTP perlu semua ada 3 set. 1 kita simpan, satu TTP simpan dalam fail kes, dan satu kita kena serah ke syarikat yang kita nak tuntut tu.

Dah selesai tu Cik Wan pon pergi la membawa diri semula ke TTP di UTC tu. Dah sampai tu baru Cik Wan teringat tak isi lagi borang kuning TTP yang 3 salinan tu. Cik Wan pon tarik la meja Dan bertungkus - lumus isi borang tu. Tulis tangan. Tiga salinan. Tiga.

Dah tu Cik Wan pergi jumpa pegawai semalam dengan semua dokumen.

Pegawai tu minta SSM, dia tengok status syarikat tu "winding up". Dalam proses nak bungkus. Dia kata kalau macam ni susah sikit. Sebab syarikat ni dalam proses nak tutup, dah bankrap.

Pegawai TTP cakap org SSM tak terangkan ke pasal status syarikat tu. SSM ada terang, tapi dia cakap ni belum tutup lagi, syarikat dia masih ada lagi.

Pegawai TTP tu cakap sebenarnya kalau dah "winding up" maksudnya syarikat tu dah bankrap dan dalam proses tutup. Dalam kes ni TTP tak boleh nak buat apa sebab bukan bawah bidang kuasa TTP.

Kes ni kena rujuk kepada insolvensi pulak. Jabatan insolvensi ni pulak ada dekat Bangunan KWSP, belakang shopping mall yang Cik Wan pegi untuk ambil SSM tadi.

Tak mampu. Cik Wan dah tak mampu dah nak teruskan hari tu. Penat. Penat fizikal dan penat emosi.

Esok pulak baru pergi. 😣😣😣

No comments:

Post a Comment

Tokyo Trip 2019: Day 0

Sekali lagi Cik Wan dapat peluang untuk berjalan makan angin. Serius dah lama Cik Wan tak jalan2. Dalam Malaysia pon tak. Bila jalan terus g...

Menarik di Page ini