Tokyo Trip 2019: Day 0

Sekali lagi Cik Wan dapat peluang untuk berjalan makan angin. Serius dah lama Cik Wan tak jalan2. Dalam Malaysia pon tak. Bila jalan terus gi oversea. Ish ish ish. Aliran tunai ke luar negara ni. Tak bagus. InsyaAllah lepas ni kita jalan banyak banyak dalam negara.

Okay, so Day 0.

Cik Wan datang harini untuk ambil wifi yang dah ditempah online. Pilihan Cik Wan H.I.S. Pick up wifi di Sunway Velocity Mall. H.I.S menjadi pilihan kerana review yang bagus dan dia juga ada macam connection dengan company Jepun. Senang cakap boleh dipercayailah. wifi dia bukan brand cap ayam.

H.I.S Wifi
Cara nak dapatkan wifi ni kita kena booking melalui website dia www.his.com.my. Dari situ kita perlu download form dia. 2 muka surat. Muka surat yang pertama tu penerangan pasal wifi dia, muka surat dua tu permohonan sewaan wifi dia. Untuk Conformkan booking tu kena bayar dulu. Okpos la kan~

Syarat sewaan dia, boleh ambil dalam tempoh 3 hari sebelum korang jalan dan pulangkan dalam tempoh 3 hari lepas korang balik. Rate sewaan dia adalah RM15 sehari. Kalau lewat pulangkan akan kena charge RM15 sehari. Lepas tu kalau pulangkan lewat kena bagitau awal2, kalau tak dia charge "Device Lost Penalty" selepas 10 hari. Masa ambil wifi tu dia akan mintak kad kredit atau debit sebab dia akan charge kat situ kalau korang hilangkan wifi dia. 

Dah lepas amik wifi tu dah alang-alang dekat mall Cik Wan shopping la keperluan lain. Cik Wan beli Sim kad prepaid celcom sebab dia akan automatic roaming. Jadi kalau ada nak buat call ke apa senang.
Cik Wan pon shopping baju untuk beg luggage Cik Wan. Almaklum la.., beg lama, ada baju baru nampak la lawa sikit.

Malam ni stay di EV World Hotel Enstek. Sebab? Dia ade shuttle bus ke KLIA. Kita boleh parking kereta di parking hotel dan parking dia free. Shuttle bus dia kena bayar ikut bila ngan berapa orang.
Cik Wan book dari Booking.com masa dia ade offer. Dapat la rege dalam RM62.10 tambah tax jadi 72.20. Double room with no window, tapi okay la kan. Nak stay 1 malam je. Tapi kecik jugak la bilik tu. Memang belaga bontot la Cik Wan ngan kawan Cik Wan tu. 

Flight esok petang, tapi kena ada awal kan at least pukul 11 dah kena ada sana. Cik Wan ni jenis neves tak tentu hala sikit. Belum kemana lagi dah terbayang tertinggal flight la apa la. Kalau ikut hati rasa macam nak tunggu kat airport tu harini je. 

Okay, lepas ni sambung Day 1.

No comments:

Post a Comment

Tokyo Trip 2019: Day 0

Sekali lagi Cik Wan dapat peluang untuk berjalan makan angin. Serius dah lama Cik Wan tak jalan2. Dalam Malaysia pon tak. Bila jalan terus g...

Menarik di Page ini