Waktu Kerja Flexi

Tau tak baru-baru ni kerajaan ada buat waktu Kerja flexi. Yang ni masih lagi dalam peringkat percubaan dan hanya peringkat kementerian dan jabatan persekutuan.

Waktu Kerja flexi tu apa pulak. Waktu Kerja flexi ni adalah tempoh bekerja selama 9 jam termasuk 1 jam waktu rehat sehari. Waktu masuk kerja adalah dari 7.30 - 8.30 pagi dan waktu balik 4.30 - 5.30 petang.

Cik Wan sebelum ni ambil wp1 iaitu 7.30am-4.30pm waktu Kerja dia. Selalu la Cik Wan terkejar2 nak punch kad pagi - pagi. Kalau ade jam ke, eksiden sikit ke, tak pon ade kereta yang melambatkan trafik makanya terbabas la punch kad Cik Wan haritu. Selalu jugak la rasa tak best sebab pagi-pagi dah rushing. Cik Wan tak nak masuk pukul 8.00am sebab masa balik pukul 5.00pm memang jam di jalan keluar tu. Nak balik 5.30pm lambat sangat.

Bila mula waktu flexi ni Cik Wan seronok je datang kerja.

Ada kereta bawak slow (jalan 1 lorong) "okay, tak pe je"

Ada eksiden, "okay, tak pe je"

Terlambat siap pagi2. "tak pe, makan dulu".

Sebab apa? Tempoh kerja kan 9 jam. Misalannya Cik Wan punch in pukul 7.35am, waktu balik Cik Wan pukul 4.35pm.

Kalau Cik Wan punch in pukul 7.55am, waktu balik adalah pukul 4.55pm.

Kalau Cik Wan punch in pukul 7.20am, waktu balik tetap 4.30pm. Jangan nak mimpi lak balik pukul 4.20pm.

Konklusinya, waktu flexi ni sangat memudahkan la untuk penjawat awam. InsyaAllah tak de dah la eksiden semata-mata nak kejar punch card, tak de la susah hati mak-mak yang lambat sebab anak meragam pagi-pagi.

Waktu flexi ni memberi lebih budi bicara kepada penjawat awam. Cik Wan tabik spring kepada yang empunya idea nie.

Pandangan orang lain macam mana?

No comments:

Post a Comment

Tokyo Trip 2019: Day 0

Sekali lagi Cik Wan dapat peluang untuk berjalan makan angin. Serius dah lama Cik Wan tak jalan2. Dalam Malaysia pon tak. Bila jalan terus g...

Menarik di Page ini